Sunday, January 9, 2011

Pisang Yang Berbuah Berkali-kali

ALLAH tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada pengajarannya buat kita sebagai insan dan umat manusia. Suka saya di sini mengambil pendekatan termudah- lihatlah kepada pokok pisang...

Pisang tidak akan berbuah dua kali. Inilah hakikatnya yang kita sudah sedia maklum. Selepas ia berbuah bagi kali yang pertama, pokok pisang ini akan terus layu dan mati begitu sahaja. Tetapi harus diingat, bahawa pisang mati bukan hanya selepas meninggalkan buahnya..sebaliknya ia pasti meninggalkan "anak-anaknya" atau "zuriatnya" dan kerana itulah kita masih dapat menikmati buah pisang lagi walaupun pokok yang dahulu (induk) telahpun tiada di muka bumi..






Seharusnya kita menyedari bahawa pokok pisang mengajar kita agar sentiasa berjasa, iaitu- jangan berhenti daripada melakukan kebaikan walaupun setelah kita meninggalkan dunia yang penuh ranjau ini. Malah pokok pisang juga tidak akan mati selagi ia tidak mengeluarkan buah. Maknanya, setelah ia berbuah, barulah ia akan sedikit 'tidak bermaya' dan mati...

Suka juga saya di sini mengambil sebuah maksud sabda Rasulullah SAW iaitu- selepas kematian Anak Adam (manusia), maka terhentilah semua amalannya, kecuali tiga perkara..

1. Ilmu yang bermanfaat
2. Anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
3. Sedekah jariah yang ditinggalkan..








Oleh itu, manusia perlu sedar dan insaf. Kita perlu merenung kembali kedalam diri dan perlu berusaha menjadi seperti pokok pisang ini- yang terus berjasa iaitu dengan membuat persiapan bagi malaksanakan apa yang digariskan oleh junjungan besar Rasulullah SAW..Doa anak yang soleh juga merupakan perkara penting, tidak kira sama ada ibu bapa masih hidup ataupun telah meninggal dunia.. Berdoalah. semoga kesejahteraan kita semua terus dipelihara dan hidup kita terus diberkati oleh Allah..





Ktakanlah, seseorang itu masih bergelar pelajar. Sebagai seorang pelajar yang mumtaz, dia perlulah belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Insha Allah, ilmu itu pula akan diajarkan dan disampaikan pula kepada orang lain. Sebelum memasuki kolej atau universiti atau sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan sekalipun, seseorang pelajar itu boleh menyampaikan ilmu yang baik dan bermanfaat. Manfaat daripada perbincangan, tazkirah dan penulisan sekalipun akan terus mengalir selagi sesuatu ilmu itu dihayati dan diamalkan setiap insan..





Begitu juga dengan amalan bersedekah. Hal ini juga digambarkan oleh Baginda Rasulullah sendiri bahawa ia adalah amalan yang tidak akan pahala dan ganjarannya walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Tetapi harus diingat, pesanan Baginda ini bukanlah menunjukkan bahawa kita tidak perlu berusaha.. Kerana dunia sekarang semakin pelik..golongan muda-mudi yang gagah perkasa sekalipun sudah pandai untuk meminta sedekah, tanpa mencari jalan penyelesaian dan berusaha mencari kerja. Inilah yang kita perlu jauhi..kerana Rasulullah juga benci kepada orang yang meminta-minta..

Setiap orang, tidak kira apa pun statusnya dalam masyarakat- mesti menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa masing-masing. Natijahnya nanti akan dapat dilihat di dunia lagi tanpa perlu menunggu hingga ke akhirat. Jelasnya disini, anak yang soleh kepada ibu bapa, insha Allah, anak-anaknya juga akan berbakti kepadanya, Ini adalah sunnatullah yang kita tak dapat hindari..





Setiap orang mesti bersedia untuk membuat kebaikan yang berterusan. Ini merupakan pengajaran yang paling hebat yang dapat dicontohi daripada pokok pisang, yang terus menerus "memberi" walaupun selepas kematiannya..

Tidak salah sebenarnya jika dikatakan, bahawa pisang sebenarnya berbuah "berkali-kali" - dan setipa orang harus mencontohi perkara itu..melakukan kebaikan yang tidak terhenti dengan kematian, bahkan orang yang berjaya sentiasa berfikir untuk membuat suatu kebaikan yang terus HIDUP walaupun selepas kematiannya..
Wallahu a'lam..

1 comment:

  1. sy stuju dgn efie..
    jdlah pisang yg brbuah brkali2..
    ubah la prspsi kte bhwa pisang tdk blh brbuah dua kali..
    hal ini dpt dikaitkn dgn amalan kte sptimana yg dicatat oleh efie di ats..

    ReplyDelete