Sunday, January 9, 2011

Iktibar Daripada Laut

AGAK teruja juga bila sedang duduk bersahaja di dalam bilik yang penuh sunyi, memikirkan rahsia disebalik kejadian laut yang luas-sayup mata memandang. Mungkin juga kita merasakan bahawa makhluk Tuhan Yang Maha Esa -bernama LAUT adalah suatu penciptaan yang biasa. Akan tetapi, haruslah diingat bahawa laut ialah ciptaan yang sangat luar biasa. Umum mengetahui bahawa laut merangkumi hampir 3/4 daripada keluasan muka bumi. Mungkin juga kerana telah terbiasa membuatkan kita tidak memikirkan apa-apa yang "special" tentang laut ini..hehe





Namun, dalam penulisan saya kali ini, saya ingin berkongsi satu perbandingan mudah berkaitan cerita sebuah laut.. Masih ingat lagikah kalian tentang Titanic ?? Iaitu digambarkan sebagai sebuah kapal besar yang sangat dikagumi suatu ketika dahulu, malah didakwa sebagai kapal agung yang tidak mungkin akan tenggelam- dakwa jurutera dan arkitek yang membina kapal tersebut..

Mengikut sejarah, Titanic dibina ketika itu untuk sebuah pelayaran hebat yang bermula dari England menuju ke Amerika. Titanic ini dilengkapi dengan segala macam kemudahan yang langsung tidak terdapat pada kapal-kapal lama sebelumnya. Perjalanan yang bakal diharungi merupakan satu perjalanan yang agak jauh.,mana tidaknya,,kerana terpaksa mengharungi Lautan Atlantik.. Seluruh dunia menumpukan sepenuh perhatian kepada pelayaran penting ini dan tidak kurang juga ada yang berasa angkuh dan takbur dengan segala macam teknologi yang dibina pada waktu itu...

Kata orang, malang tidak berbau..ia datang tanpa diundang..dalam pelayaran penuh bangga warga England ketika itu, maka terjadilah suatu peristiwa dimana Titanic yang diagung-agungkan sebagai "wira" tenggelam juga di lautan yang luas-Lautan Atlantik..Menurut kisah, Titanic tenggelam akibat terlanggar iceberg dalam perjalanan menuju ke Amerika.. 

Tidak dapat dibayangkan- alangkah terkejutnya dunia ketika itu menerima berita malang ini.. Kapal yang sebesar dan sehebat itu akhirnya tenggelam juga. Titanic yang dibina hebat oleh fikiran manusia, tetapi hanya sekelumit jika dibangdingkan dengan lautan yang diciptakan oleh Allah.. Para saintis dan penyelidik mengambil masa yang agak lama bagi mengenal pasti dan menentukan di mana tragedi itu berlaku..




Lokasi sebenar tempat Titanic tenggelam amat sukar dikesan kerana kapal yang besar itu umpama sebilah jarum sahaja jika diumpamakan dengan Lautan Atlantik yang sangat luas..lihatlah,,sambil mengeluh,,saya terfikir juga- begitu kerdilnya ciptaan manusia yang dianggap agung- dan Atlantik bukanlah lautan yang paling luas di dunia, sedangkan Lautan Pasifik lebih luas dari Atlantik pada dasarnya..








Konkritnya, air laut sangatlah masin.. Itu juga merupakan suatu yang agak luar biasa tentang laut. Seperti apa yang telah saya nyatakan dalam catatan terdahulu saya - "Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia".. Secara teorinya juga, kemasinan air laut itulah sebenarnya yang menyerap segala bau segala sampah yang dialirkan kepadanya..Apa tidaknya,,bayangkanlah segala sampah-sarap, bangkai dan najis dialirkan kepadanya !!




Teringat saya kepada seorang Ustaz yang pernah berkata dalam kuliahnya- bahawa laut boleh diibaratkan sebagai "tong sampah" paling besar yang ada di dunia..ternyata apa yang dikatakan beliau itu tepat jika difikirkan sejenak.. Apakah yang akan terjadi agaknya jika..air laut itu rasanya tawar ??Tentulah ia akan dicemari dengan segala bau yang busuk dan menjijikkan..kalau itulah yang terjadi, tidak mustahil seluruh dunia akan dikotori dengan bau yang kurang menyenangkan..hehe. Mujurlah air laut tidak tawar- dengan tahap kemasinannya yang agak tinggi,,ia mampu menyerap dan "mengawet" segala kotoran yang banyak..

Secara mudah, kemasinan air laut itu samalah juga seperti peranan garam yang boleh mengawet isi ikan dalam proses membuat ikan masin..Tuntas, apabila kita melihat laut, janganlah lihat begitu sahaja..sebaliknya renungkanlah kehebatannya..dan kemudian rasailah kehebatan Penciptanya, Rabbul Jalil ^^

No comments:

Post a Comment